MENGENAI KAMI
PENGENALAN
SB Butcher House adalah syarikat bumiputera yang berentitikan perkongsian dan memiliki kedai fizikal yang diberi nama BH Meat Shop. Kedai ini mula beroperasi pada 1 Oktober 2023 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Marzita binti Mansor.
Syarikat ini menjalankan perniagaan daging sejuk beku dan segar disamping mempromosikan barangan makanan sejuk beku. Oleh kerana perniagaan produk sejuk beku mendapat permintaan yang berterusan, kami ingin memastikan syarikat kami dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan memasarkan pelbagai jenis produk sejuk beku.

SEJARAH PENUBUHAN
Telah beroperasi selama 20 tahun
Sejarah penubuhan SB Butcher House bermula daripada syarikat Abdullah Bin Nayan Enterprise yang merupakan perniagaan dari generasi ke generasi yang berasaskan bidang penternakan seperti ternakan lembu, kerbau dan kambing pedaging. Pada awalnya, Syarikat Abdullah Bin Nayan memulakan usaha dengan membina kandang lembu yang boleh memuatkan lebih kurang 500 ekor ternakan pada satu-satu masa. Kemudian diikuti dengan pembinaan sebuah kandang kambing dan sebuah kandang kerbau yang boleh menempatkan lebih kurang 200 ekor ternakan.
Proses penjagaan haiwan ternakan kami dijaga rapi dari kandang sehingga proses penyembelihan dijalankan. Kemudahan pengangkutan seperti lori juga disediakan oleh pihak kami bagi memudahkan penghantaran kepada pelanggan. Kini, syarikat Abdullah Bin Nayan telah mengembangkan lagi usaha dengan menambah bilangan ternakan dan merangka strategi pemasaran secara lebih terancang serta membina rumah kedai sendiri bagi memudahkan proses penjualan daging.




Kami juga menerima tempahan bagi tujuan penyembelihan, penternakan, majlis keramaian seperti aqiqah, kurban dan majlis perkahwinan. Pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi kami di talian
+60 11-7010 5859
